Antara ramalan kami pasca wabak koronavirus ialah pekerjaan dari rumah akan mula menjadi normal dengan syarikat mula mempunyai prosedur dan kemudahan kepada kakitangan. Tetapi rekaan ruang rumah di dunia sekarang tidak direka untuk memberikan pengalaman bekerja paling selesa yang kami yakin pembaca sekalian bersetuju. Oleh itu firma senibina sudah mula bertungkus lumus menghasilkan rekaan ruang rumah yang lebih mesra menjadi ruang pejabat untuk masa hadapan,
Antara rekaan yang telah diperlihatkan ialah sistem AD-APT oleh firma Woods Bagot. AD-APT ialah dinding penghadang boleh ubah yang bergerak mengikut keperluan. Nama AD-APT ini sendiri diambil dari perkataan Adapt dengan ruang kosong di tengah menunjukkan kemampuannya untuk mengadaptasi kepada keperluan harian,
Dalam mod waktu siang, terdapat ruang kerja terbuka yang besar membolehkan sehingga tiga rakam serumah bekerja dengan selesa. Mod malam akan mengubah ruang kerja menjadi ruang tidur dan akhir sekali mod permainan membolehkan ruang yang sama dibuka untuk menyambut lebih banyak tetamu.
Rekaan AD-APT adalah amat realistik memandangkan kebanyakan tenaga kerja muda duduk bersama rakan sebaya di dalam rumah dengan keluasan lantai yang kecil. Apartmen dengan rekaan modular boleh ubah adalah penyelesaian yang praktikal untuk kehidupan norma baru dimana bekerja dari rumah tidak lagi dilihat canggung,