Huawei Mempatenkan Rekaan Speaker Pintar Berbentuk Leper

Huawei Mempatenkan Rekaan Speaker Pintar Berbentuk Leper

Diterbitkan pada Apr 14, 2020 oleh .

Huawei bukan sahaja terkenal dengan kemunculan pelbagai peranti pintar yang bergerak pantas dalam industri teknologi. Malah, syarikat ini juga tidak ketinggalan dalam arena pembesar suara pintar. Nampaknya, Huawei kini dilaporkan mempunyai perancangan untuk menghasilkan pembesar suara pintar terbaru dan patennya dikatakan telah muncul di laman WIPO.

Keseluruhannya, rekaan pembesar suara ini nampak agak menarik. Paten tersebut memaparkan pembesar suara berkenaan didatangkan dengan reka bentuk bujur dengan bahagian atas yang sedikit timbul. Imej juga mendedahkan terdapat sejumlah butang pada bahagian sisi pembesar suara tersebut yang berfungsi sebagai butang kuasa, butang laras suara dan butang bluetooth. Khabar angin mendakwa pembesar suara ini mungkin disertakan dengan port USB untuk mengecas dan slot kad microSD yang ditempatkan pada sisi kiri.

Pembesar suara ini juga didakwa mungkin menyertakan sokongan pembantu maya keluaran Huawei iaitu Celia sebagai salah satu ciri menarik padanya. Pun begitu, maklumat tetiris masih lagi di fasa paten dan belum diketahui sama ada adakah Huawei bakal melancarkannya secara komersial.

Rekaan ini juga amat berbeza dengan rekaan kebanyakan speaker pintar di pasaran sekarang. Speaker pintar mereka yang terdahulu iaitu AI Speaker dan Sound X lebih mirip Apple AirPod. Paten rekaan leper ini pula lebih mirip rekaan speaker pintar Sonos Beam,



TIPS & ULASAN