Carian
Aplikasi Pengesanan Kontak COVID-19 Malaysia, MyTrace Akan Diterbitkan Untuk Android Dan iOS Tidak Lama Lagi
April 15, 2020 Nazrin

Aplikasi contact tracing ataupun pengesanan kontak ialah sebuah aplikasi yang boleh mengesan pergerakan individu untuk satu jangka masa tertentu untuk memastikan lokasi-lokasi yang pernah dijejaki mereka dengan tepat, dan juga individu-individu yang pernah berdekatan dengan mereka yang disyaki menghidapi wabak COVID-19.

MyTrace Covid MalaysiaUntuk membantu pihak keselamatan dan kesihatan Malaysia untuk mengesan pergerakan mereka yang berkemungkinan dijangkiti wabak COVID-19 yang sedang menular, kerajaan Malaysia sedang membangunkan sebuah aplikasi pengesanan kontak tersendiri, dinamakan sebagai MyTrace.

Melalui sambungan Bluetooth, aplikasi ini boleh mengesan individu-individu berdekatan yang mempunyai aplikasi yang sama yang dipasang didalamnya, dan akan mengeluarkan notifikasi jika seseorang individu itu pernah bertembung dengan sesiapa yang disyaki menghidapi wabak tersebut.

Melalui ciapan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, versi beta untuk aplikasi pengesanan kontak ini akan dihantar ke gedung aplikasi Apple App Store dan Google Play Store untuk pengesahan tidak lama lagi.

Menurut beliau, pakar-pakar pengaturcaraan tempatan sedang bekerjasama dengan mereka dari Google Malaysia untuk membangunkan aplikasi ini, dan data peribadi dan lokasi yang hadir pada aplikasi ini tidak akan dikumpul oleh mana-mana pihak, walaupun pembangun sendiri.

Aplikasi ini kebarangkalian akan boleh dimuat-turun oleh pengguna menjelang Perintah Kawalan Pergerakan ini diringankan menjelang 28 April kelak. Kerajaan juga dijangka akan menawarkan kod pembangunannya dalam bentuk sumber terbuka.

Komen