OnePlus Bullets adalah siri set aksesori audio dari OnePlus. Sehingga hari ini sudah ada 4 set fon telinga dalam siri ini, OnePlus Bullets Earphones, OnePlus Bullets 2T, OnePlus Bullets Wireless dan OnePlus Bullets Wireless 2. Dalam acara pelancaran siri OnePlus 8 tadi, mereka telah melancarkan OnePlus Bullets Wireless Z.
Ia adalah siri baru dengan nama Z, dari segi rekaan ia mirip dengan Bullets Wireless 2. Cuma, kali ini OnePlus tawarkan dengan lebih banyak pilihan warna seperti hitam, biru, mint dan oat. Bullets Wireless Z turut menyokong sistem pengecasan pantas Warp, 10 minit cas boleh digunakan dalam masa 10 jam dan sekitar 20 minit untuk pengecasan penuh yang bertahan sehingga 20 jam.
Harga jualan di Amerika Syarikat adalah $49.95 (~RM216). Ia adalah lebih murah dari Bullets Wireless 2 yang dijual pada harga $99 (~RM429). Sama-sama kita nantikan pelancaran fon telinga ni untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.