OnePlus Turut Menyertai Arena Pengecasan Nirwayar – Memperkenalkan Pad Pengecas OnePlus Warp Charge 30 Wireless Charger

OnePlus Turut Menyertai Arena Pengecasan Nirwayar – Memperkenalkan Pad Pengecas OnePlus Warp Charge 30 Wireless Charger

Diterbitkan pada Apr 15, 2020 oleh .

OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro telah pun dilancarkan pada hari ini. Seperti biasa selepas sekitar enam bulan dari model lama, model baharu diperkenalkan. Paling menarik adalah OnePlus 8 Pro, kerana akhirnya ia menyokong pengecasan nirwayar yang ramai nanti-nantikan. Bukan itu sahaja, sistem pengecasan nirwayar mereka adalah jenis yang pantas dan turut menggunakan cip tersendiri untuk keseimbangan suhu dan kesihatan bateri peranti.

Dinamakan OnePlus Warp Charge 30 Wireless Charger, ia adalah pad pengecasan nirwayar jenis menegak. Dari segi kuasa, ia boleh mengecas peranti dari 0%-50% dalam masa hanya 29 minit. Pengecas ini turut mempunyai kipas penyejukan terbina, bersama-sama dengan sistem perlindungan dari arus elektrik berlebihan, masalah pemanasan dan perlindungan dari voltan yang melampau. Ia turut boleh mengesan objek asing seperti besi dan pengecas akan terus mati dengan sendiri.

OnePlus turut sertakan sokongan Bedtime Mode. Ia adalah fungsi untuk pengguna mengecas peranti ketika tidur dan bagi mengelak dari masalah, ia akan mengecas pada kadar 10W sahaja. Pengecas ini turut menyokong mana-mana peranti yang boleh menggunakan teknologi Qi atau EPP pada kadar 10W juga. Harga jualan OnePlus Warp Charge 30 Wireless Charger adalah $69.95, iaitu sekitar RM303.



TIPS & ULASAN