OnePlus Kini Hadir Dengan Kerangka Pelindung Sandstone Untuk Siri OnePlus 8

OnePlus Kini Hadir Dengan Kerangka Pelindung Sandstone Untuk Siri OnePlus 8

Diterbitkan pada Apr 15, 2020 oleh .

Kemasan seakan kertas pasir pada sesebuah telefon pintar dimulakan oleh OnePlus pada OnePlus One dan OnePlus 2. Kemasan ini dinamakan sebagai Sandstone. Sejak OnePlus X sehinggalah OnePlus 8, kemasan ini tidak lagi digunakan pada peranti dan hanya digunakan pada aksesori kerangka pelindung sahaja. Tetapi, kerangka pelindung jenis sandstone dari OnePlus adalah jenis biasa yang melindungi panel belakang sahaja.

Untuk siri OnePlus 8, OnePlus memperkenalkan kerangka pelindung Sandstone ini dalam jenis bumper. Ia akan melindungi keseluruhan peranti dari panel belakang, atas, bawah dan kedua-dua sisi. Kemudian, OnePlus turut memperkenalkan warna-warna baru seperti Cyan dan Smoky Purple, sebagai alternatif kepada warna hitam. Harga jualan kerangka ini adalah $24.95, iaitu sekitar RM108.

OnePlus turut kekal menjual kerangka pelindung lain mereka, seperti bumper Nylon dan bumper Karbon. Bersama-sama dengannya, kerangka silikon tahan lasak juga turut kekal dijual. Nylon adalah kemasan seakan sulaman yang keras dan kasar di belakang untuk cengkaman, Karbon pula adalah kemasan gentian karbon yang dikatakan adalah sama bahan yang digunakan pada baju kalis peluru. Silikon pula adalah yang biasa dilihat yang seakan disertakan dalam kotak. Harga jualan adalah dari $24.95 (~RM108) sehingga $39.95 (~RM173).



TIPS & ULASAN