Redmi AirDots S Dilancarkan Dengan Sokongan Tambatan Ke Peranti Yang Lebih Stabil

Redmi AirDots S Dilancarkan Dengan Sokongan Tambatan Ke Peranti Yang Lebih Stabil

Diterbitkan pada Apr 15, 2020 oleh .

Redmi AirDots adalah set fon telinga nirwayar sebenar (TWS) pertama dari Redmi. Ia juga adalah antara yang paling murah dan menjadi trend untuk produk-produk TWS harga mampu milik. Harga jualan di China adalah RMB99.9 (~RM61.4) dan boleh didaparkan di Malaysia dengan harga RM69.

Terkini, Redmi telah hadir dengan variasi baru pula – Redmi AirDots S. Ia adalah variasi yang sama sahaja, rekaan sama, harga sama, fungsi dan ciri juga sama. Cuma, Redmi telah membaiki masalah tambatan yang terdapat pada model lama. Melalui Redmi AirDots S, tambatan adalah lebih mudah dan stabil.

Kali ini, ia adalah benar-benar TWS dan boleh ditambat pada peranti dengan serentak untuk kedua-dua fon telinga. Sebelum ini, fon kanan tambat pada peranti dan fon telinga akan tambat pada fon kanan. Jadi, ianya akan sentiasa berada dalam mod stereo. Redmi turut kekal sokongan mod mono untuk kedua-dua fon telinga. Apabila salah satu fon dipakai pada telinga, ia akan menjadi stereo secara automatik tanpa sebarang masalah.

Redmi AirDots S turut mengekalkan penggunaan cip Bluetooth 5.0 dan mempunyai pemacu audio 7.2mm dan cip DSP untuk pengurangan hingar. Bateri juga masih sama, iaitu  bertahan sehingga 12 jam dengan pod pengecasan dan 4 jam tanpa pod pengecasan. Kawalan 2-kali tekan, 1-kali tekan dan 1-kali tekan beberapa saat turut dikekalkan untuk seru pembantu digital, jeda/main media atau menjawab panggilan telefon dan mematikan panggilan telefon.

Harga seperti yang dikatakan tadi masih kekal, iaitu RMB 99.9 (~RM61.4)



TIPS & ULASAN