Carian
Tidak Semua OnePlus 8 Pro Akan Mempunyai Ketahanan IP68
April 15, 2020 Effi Saharudin

OnePlus 8 Pro dilancarkan lewat malam semalam sebagai peranti mercu tanpa komproni. Mereka akhirnya membawakan sokongan pengecasan nirwayar, pengecasan nirwayar berbalik dan kemampuan kalis air IP68. Menarik sekali sokongan kemampuan kalis air ini adalah bergantung kepada dari mana peranti dibeli.

OnePlus 8 proMenurut ciapan Michael Fisher, di Amerika Syarikat hanya peranti yang dibeli dari Verizon dan T-Mobile akan mempunyai kemampuan kalis air IP68. Peranti yang dibeli bukan dari syarikat telekomunikasi tidak akan mempunyai jaminan ketahanan ini secara rasmi. Kami katakan secara rasmi kerana selama ini peranti OnePlus telah diuji dan mampu bertahan direndam di dalam air tetapi tidak disarankan ia dilakukan.

Proses mendapatkan pensijilan melepasi piawaian IP adalah mahal dan mungkin sebab itu hanya model tertentu sahaja akan secara rasmi dijual dengan IP68.

Komen