Google Mencatatkan Pencarian Terma “Good News” Yang Semakin Meningkat

Google Mencatatkan Pencarian Terma “Good News” Yang Semakin Meningkat

Diterbitkan pada Apr 15, 2020 oleh .

Di kala dunia sedang dibelenggu wabak COVID-19 yang telah meranapkan hidup dan ekonomi di seluruh dunia, ramai orang sedang mencari jalan untuk menceriakan sedikit hidup mereka dengan membaca berita-berita yang menggembirakan.

Melalui laman Google Trends, para pengguna internet nampaknya sedang mencari apa-apa sahaja berita yang boleh menggembirakan mereka, seperti apa yang boleh dilihat melalui carta pencarian terma “Good News”.

Tiada butiran khusus yang diberikan oleh Google, tetapi melalui carta yang diperlihatkan, pencarian terma tersebut setahun yang lalu hanyalah sebanyak 25 peratus daripada jumlah carian terma tersebut pada bulan ini.

Trend ini juga boleh dilihat di Malaysia, dimana rakyat kini harus duduk di rumah untuk mengurangkan penularan wabak ini sejak bulan lepas. Melalui laman Google Trends, tiga negara yang mencatatkan pencarian terma “Good News” tertinggi ialah Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor.



Paling Popular