Cari @ Amanz

Hospital Leishensan Yang Dibina Dalam Masa 10 Hari Telah Ditutup Di Wuhan

Link Copied!

Hospital Leishenshan dan Huoshenshan telah dibina dalam masa yang amat singkat pada awal Februari lalu bagi memenangi jumlah pesakit Covid-19 yang tinggi. Semalam hospital Leishenshan akhirnya telah ditutup selepas kesemua pesakit yang dirawat telah dipindahkan ke empat hospital lain di Wuhan yang mampu memberikan rawatan yang lebih baik.

Kedua-dua hospital Leishenshan dan Huoshenshan dibina dalam masa 10 hari dengan kapasiti 2600 katil. Minggu lalu perintah kawalan berkurung selama 72 hari bagi bandaraya Wuhan akhirnya ditarik semula selepas tiada lagi laporan jangkitan baharu wabak koronavirus dilaporkan di ibu negeri provinsi Hubei.

Di seluruh China hidup mula kembali kepada normal dengan jangkitan hanya dilaporkan berlaku dari pelawat yang memasuki semula negara tersebut. Sementara itu di Malaysia kehidupan di bawah PKP mula dilihat sebenar norma baru sehingga ramai yang kini mula keluar dari rumah seperti mereka kebal dari jangkitan wabak.


Komen ()