Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyarankan ramai orang untuk duduk di rumah dan mengurangkan pergerakan. Dalam usaha memudahkan pengguna, Oppo Malaysia kini mengadakan kempen Oppo Exclusive Same Day Delivery yang mana menawarkan servis penghantaran pada hari sama bermula 15 hingga 28 April ini.
Antara model dan produk yang boleh dinikmati menerusi penawaran ini adalah siri Oppo Find X, siri Oppo Reno, siri Oppo A, Oppo Enco Q1 dan Oppo Encore Free. Untuk menikmati penawaran ini, anda perlu membuat tempahan pembelian sebelum jam 2 petang bagi membolehkan penghantaran dilakukan pada hari yang sama. Untuk mana- mana tempahan yang dibuat selepas jam 2 petang pula, akan dihantar pada keesokan harinya.
Pembelian produk boleh dibuat menerusi kedai atas talian rasmi Oppo dan urusan penghantaran akan diuruskan oleh kedai fizikal yang mengambil bahagian. Bagaimanapun, servis ini hanya terhad untuk jarak kurang dari 10KM radius dari kedai Oppo yang terlibat. Untuk jarak lebih daripada 10KM pula, akan dihantar menggunakan perkhidmatan kurier dan penghantaran mengambil masa dalam 3 – 7 hari.
- Beli: Oppo Same Day Delivery