Carian
Apple Memperlihatkan Perubahan Corak Pergerakan Orang Ketika PKP Melalui Himpunan Data Lokasi
April 15, 2020 Aman

Google sebelum ini telah memperlihatkan carta perubahan corak pergerakan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan – dimana data berkenaan dihimpunkan secara awanama daripada telefon pintar pengguna.

Apple Mobility Reports

Terbaru, Apple turut hadir dengan penawaran data yang lebih kurang sama – berdasarkan kepada penggunaan permintaan di Apple Maps. Apple turut menekankan yang mana data dihimpunkan secara awanama.

Melalui carta yang dikemaskini setiap hari berkenaan, ia membolehkan pihak berkuasa dan mereka dalam bidang kesihatan melihat kepada corak pergerakan pengguna sejak daripada 13 Januari 2020 lepas.

Seperti biasa, carta memperlihatkan penurunan drastik pada beberapa minggu lepas, tetapi turut pada masa yang sama menunjukkan sedikit peningkatan akhir-akhir ini.

Komen