Cari @ Amanz

Tiga peranti Honor 30 Pro+, Honor 30 Pro dan Honor 30 telah dilancarkan secara rasmi di China hari ini, Seperti beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini, siri Honor 30 bolehlah dilihat sebagai peranti versi mampu milik kepada siri Huawei P40 yang dilancarkan sebulan yang lalu,

Kita mulakan terlebih dahulu dengan model paling premium iaitu Honor 30 Pro+ yang dilengkapi skrin 6.57″ OLED FHD+ 90Hz, dijana cip Kirin 9905G, memori sehingga 12GB RAM, storan 256GB, kamera utama 50+16+8 Megapixel, kamera swafoto 32+8 Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

Ini ialah model paling premium yang mempunyai sistem zum telefoto periskop digital sehingga 50X atau zum optikal sehingga 5X. Peranti ini turut mempunyai pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan sokongan pegecasan nirwayar 27W.

Honor 30 Pro pula yang dilengkapi skrin 6.57″ OLED FHD+ 60Hz, dijana cip Kirin 9905G, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 40+16+8 Megapixel, kamera swafoto 32+8 Megapixel dan bateri 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W. Tidak seperti 30 Pro+. 30 Pro tidak menyokong pengecasan nirwayar tetapi masih mempunyai pengimbas cap jari terbina dalam skrin.

Akhir sekali ialah Honor 30 yang dilengkapi skrin 6.53″ OLED FHD+ 60Hz, dijana cip Kirin 985 5G, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 40+8+8+2 Megapixel, kamera swafoto 32-Megapixel dan bateri 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W. Dengan sistem zum periskop, Honor 30 mampu melakukan zum optikal sehingga 5X.

Di China Honor 30 Pro+ dijual pada harga bermula RMB4999 (~RM3071), Honor 30 Pro pada harga bermula RMB 3999 (~RM2456) dan Honor 30 pula pada harga bermula RMB2999 (~RM1843).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd