Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan melanjutkan tempoh jaminan selama sehingga 60 hari untuk produk-produk Acer dan Predator yang akan tamat tempoh jaminannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak daripada 18 Mac 2020 lepas, sekaligus membuatkan pengguna peranti dan peralatan elektronik menghadapi kesukaran untuk mendapat khidmat baik-pulih – lebih-lebih lagi sekiranya tempoh jaminan mereka tamat dalam tempoh berkenaan.
Selari dengannya, sejumlah pengeluar mengambil langkah menambah tempoh jaminan untuk pengguna mereka. Acer menawarkan lanjutan jaminan selama 60 hari, sekaligus membolehkan pengguna produk Acer dan Predator mendapatkan khidmat baik-pulih selepas PKP ditamatkan – terutamanya sekiranya tempoh jaminan tamat dalam tempoh berkenaan.
Selain Acer, antara jenama lain yang turut melanjutkan tempoh jaminan adalah Samsung, Asus dan juga Xiaomi.