BIMB Investment, sebuah anak syarikat milik penuh Bank Islam kini telah hadir dengan sebuah aplikasi mudah-alih dalam memudahkan pelaburan, dan dibantu oleh sistem robo-pintar, dinamakan BEST.
Melalui BEST, pengguna boleh memilih tujuan untuk sesuatu pelaburan, dan ia akan memaparkan jumlah yang anda perlu simpan secara bulanan supaya dapat mencapai sasaran berkenaan. Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh memilih untuk melakukan pelaburan untuk simpanan am menggunakannya.
Seperti beberapa aplikasi robo-pintar yang lain, ia turut membolehkan pengguna memilih portfolio simpanan melalui sebuah siri soalan yang ditanya, dan akan mencadangkan kepada anda portfolio yang sesuai.
Menggunakan BEST, pengguna boleh melabur bermula RM10 menggunakannya. BEST ditawarkan untuk Android dan iOS.