Apple Menawarkan Roda Untuk Mac Pro Pada Harga RM2799

Apple Menawarkan Roda Untuk Mac Pro Pada Harga RM2799

Diterbitkan pada Apr 16, 2020 oleh .

Apple telah sedia menawarkan komputer berkuasa tinggi dan pada harga premium untuk pengguna tempatan, dinamakan Mac Pro. Sejumlah naik-taraf juga ditawarkan untuk komputer berkenaan, dan terbaru, Apple turut telah mula menawarkan aksesori berupa “kaki” dan “roda” untuk Mac Pro.

Roda Mac Pro

Kit Roda untuk Apple Mac Pro ini ditawarkan pada harga mencapai RM2799, dan boleh ditempah melalui Apple Store. Tetapi, sekiranya anda belum membeli Mac Pro, dan ingin membelinya dalam sebuah set pada peringkat awal, roda tambahan ini boleh didapati pada harga RM1600.

Selain daripada itu, Apple turut telah mula menawarkan “kaki” untuk Mac Pro pada harga RM1199.



Paling Popular