Apple Magic Keyboard Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1349

Apple Magic Keyboard Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1349

Diterbitkan pada Apr 16, 2020 oleh .

Pagi ini aksesori papan kekunci Apple Magic Keyboard untuk iPad Pro 2020 akhirnya boleh dibeli oleh pengguna di Malaysia. Seperti yang kami laporkan sebelum ini Magic Keyboard ditawarkan pada harga RM1349 untuk iPad Pro 2020 11″ dan RM1549 untuk iPad Pro 2020 12.9″.

Papan kekunci Magic Keyboard ini berbeza dengan yang ditawarkan untuk iPad Pro terdahulu kerana dilengkapi kekunci yang sama seperti yang ditemui pada MacBook Air baharu (suis gunting bukan lagi kupu-kupu) dan hadir dengan pad sesentuh secara terbina.

Engsel yang lebih teguh yang digunakan pula membolehkan iPad Pro diangkat ke atas untuk mengubahnya ke posisi seakan desktop apabila diletakkan di atas meja. Tablet kemudian boleh dicas menerusi port USB-C yang terbina pada sisi engsel kerangka papan kekunci ini.



TIPS & ULASAN