Cari @ Amanz

Secara senyap Samsung Galaxy Tab S6 Lite telah diumumkan di Indonesia semalam. Ini ialah tablet kelas pertengahan yang menjadi alternatif kepada Tab S6 yang dilancarkan sebelum ini.

Samsung Galaxy Tab S6 Lite dilengkapi skrin 10.4″ TFT (2000×1200 pixel), dijana cip Exynos 9611, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 1TB, kamera utama 8-Megapixel dan kamera swafoto sebesar 5-Megapixel dan bateri sebesar 7040 mAh.

Terdapat sokongan untuk stylus S-Pen tetapi tiada tempat simpanan magnetik pada bahagian belakang dapat dilihat seperti Tab S6 5G, Tablet turut mempunyai sistem pembesar suara yang telah ditala oleh AKG bagi memberikan pengalaman audio yang terbaik. Di United Kingdom tablet ini dijual pada harga £339 (~RM1841) sebuah dalam pilihan warna Oxford Gray, Agora Blue, dan Chiffon Pink.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd