Minggu lalu MediaTek didapati mengelat dalam ujian penanda aras PCMark oleh laman Anandatech. Setiap kali ujian dilakukan. beberapa pemproses MediaTek didapati mengaktifkan Sports Mode yang meningkatkan prestasi cip yang secara lazimnya tidak diaktifkan dalam penggunaan biasa.
UL Benchmarks yang membangunkan PCMark telah membuang 50 peranti yang menggunakan cip MediaTek dari senarai markah mereka. Tindakan diambil selepas mereka bersetuju dengan penemuan Anandatech. Antara peranti yang tidak lagi disenaraikan ialah Xiaomi Redmi Note 8 Pro, Oppo Reno3 Pro, Vivo Y19, dan Realme 6. Kesemua peranti yang dibuang ini menggunakan lapan cip yang disenaraikan di bawah.
Kesemua peranti yang menggunakan cip di bawah masih boleh menggunakan aplikasi PCMark tetapi markah yang dicatatkan tidak akan lagi dimasukkan ke dalam pangkalan data atas talian.
- MediaTek Helio G90
- MediaTek Helio G70
- MediaTek Helio P95
- MediaTek Helio P90
- MediaTek Helio P65
- MediaTek Helio P60
- MediaTek Helio P20
- MediaTek Helio A22