Cari @ Amanz

Google Memperkenalkan Lencana “Teacher approved” Di Play Store Untuk Aplikasi Yang Sesusai Untuk Kanak-Kanak

Link Copied!

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini akibat wabak koronavirus, sekolah semua ditutup sehinggakan peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan pada tahun ini. Alternatifnya, para pengajar perlu mendidik anak-anak murid mereka dari rumah. Para pelajar pula perlu menurut perintah para pengajar seperti siapkan tugasan yang diberikan, menjawab kuiz dan sebagainya atau juga belajar dengan sendiri.

Untuk itu, Google mengambil tindakan baru untuk membantu. Tetapi, Google hanya fokuskan kepada kanak-kanak berusia bawah lapan tahun. Ini bermakna mereka yang ke tadika sehingga darjah dua akan menerima faedah Google ini. Google telah memperkenalkan lencana “Teacher approved” pada Play Store. Lencana ini akan memberi makna yang aplikasi-aplikasi yang ditanda diluluskan oleh para guru. Google bekerjasama dengan pakar akademik seperti Joe Blatt (Harvard Graduate School of Education) dan Dr. Sandra Calvert (Georgetown University) untuk menjayakannya.

Setiap aplikasi akan mempunyai pengkadaran tertentu, seperti usia yang sesuai, kualiti pengalaman penggunaan, kesesuaian dan banyak lagi bagi membantu para ibu bapa tahu sama ada aplikasi ini adalah sesuai untuk anak-anak mereka atau tidak. Kemudian para ibu bapa turut akan ketahui apa yang anak-anak mereka akan pelajari dari aplikasi-aplikasi ini.

Buat masa ini, lencana “Teacher approved” hanya akan kelihatan di Amerika Syarikat sahaja dan akan diedarkan berperingkat kepada negara-negara lain dalam bulan-bulan akan datang. Tidak pasti jika Malaysia turut akan menerima lencana seperti ini.


Komen ()