ASUS ialah sebuah jenama teknologi yang terkenal di kalangan gamer bukan sahaja kerana komponen-komponen komputer yang dikeluarkan oleh mereka, tetapi juga peranti=peranti dan aksesorinya.
Terkini, melalui siri TUF Gaming mereka, ASUS memperkenalkan paparan gaming ASUS TUF Gaming VG279QM, iaitu sebuah paparan IPS 27 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 240Hz yang boleh dilewahjam sehingga 280Hz.
Apa yang lebih menarik ialah monitor ini turut hadir dengan teknologi paparan NVIDIA G-SYNC yang biasanya digunakan pada paparan-paparan skrin yang jauh lebih mahal. Bukan itu sahaja, jika anda seorang yang gemar menonton siri televisyen ataupun filem melalui Netflix, paparan ini turut menyokong teknologi VESA HDR400 yang mampu menyokong teknologi HDR pada platform penstriman seperti Netflix.
Paparan skrin ASUS TUF Gaming VG279QM ini boleh dibeli melalui kedai atas-talian Lazada pada harga RM1499.