Cari @ Amanz

Pernahkah anda membuat rakaman gambar ataupun video, namun hasilnya tidak seperti yang kita inginkan? Hal ini adalah mungkin disebabkan teknik penggambaran anda yang kurang tepat atau spesifikasi kamera telefon pintar anda yang rendah. Tambahan pula, kita sekarang berada di dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19, semestinya kita memerlukan sesuatu yang berguna untuk dipelajari pada masa ini. Jadi, pada artikel kali ini, saya akan kongsikan tips dan cara bagaimana untuk mendapatkan rakaman malam yang cantik menggunakan vivo V19.

1. Bersihkan Lensa Kamera Sebelum Membuat Rakaman

Untuk mendapatkan rakaman yang jelas dan cantik, anda perlu membersihkan lensa kamera anda dengan kerap. Ini kerana ia dapat menjimatkan masa anda apabila anda ingin membuat rakaman secara mengejut. Oleh itu, anda tidaklah terlepas peluang untuk merakam detik-detik penting dan berharga.

Bagi vivo V19, telefon pintar ini hadir dengan dwi lensa untuk rakaman swafoto, iaitu sensor 32MP untuk lensa utama dan 8MP untuk lensa sudut ultra lebar. Bagi kamera belakangnya pula, ia dilengkapi dengan empat lensa, iaitu sensor 48MP untuk lensa utama, 8MP untuk lensa sudut ultra lebar, 2MP untuk lensa makro, dan 2MP lensa untuk rakaman bokeh.

2. Pencahayaan Yang Mencukupi Adalah Elemen Wajib Untuk Penggambaran Malam

Meskipun persekitaran anda membosankan, pencahayaan yang baik ketika penggambaran adalah sangat membantu untuk menghasilkan rakaman yang cantik, tidak kira sama ada pada waktu siang atau malam. Namun, anda tidak perlu risau tentang pencahayaan persekitaran anda sekiranya anda menggunakan vivo V19. Hal ini adalah kerana aplikasi kamera ini menyertakan fungsi flash di dalam skrin pada tahap maksima yang menampakkan seakan akan cahaya lampu dari studio.

Jika anda gemar mengambil rakaman swafoto, fungsi Super Night Selfie yang terdapat pada vivo V19 ini sangat sesuai untuk anda. Kameranya mampu untuk menghasilkan rakaman swafoto yang jelas walaupun anda berada di persekitaran yang gelap. Melalui fungsi ini, ia akan mencantikkan subjek di dalam gambar secara lapisan demi lapisan dan dibantu oleh teknologi AI untuk memastikan subjek berada di dalam rakaman dan mengurangkan kesan hingar di dalam gambar.

Untuk mengaktifkan mod Super Night Selfie ini, anda perlu

  • Aktifkan kamera anda
  • Aktifkan mod Selfie Spotlight Band
  • Tukarkan mod kepada Super Night Selfie.

Mudah bukan? Apa yang lebih mengagumkan adalah kamera vivo V19 ini mampu untuk membuat pengecaman jantina dan bekebolehan untuk menganalisa lebih daripada 500 bentuk wajah. Hal ini ternyata membantu kameranya untuk menghasilkan efek yang lebih cantik bagi kaum wanita dan lebih maskulin untuk para lelaki.

3. Ketahui Fungsi Menarik Kamera Telefon Pintar Anda

Setiap telefon pintar akan hadir dengan fungsi-fungsi menarik mereka tersendiri. Bagi vivo V19, terdapat beberapa fungsi yang dapat membantu anda untuk menghasilkan rakaman yang lebih berkualiti. Selain daripada Super Night Selfie yang dibincangkan diatas, telefon pintar ini juga menyertakan fungsi Super Wide Angle Selfie. 

Sekiranya ingin merakam swafoto secara berkumpulan, kita sering memerlukan bantuan daripada orang sekeliling untuk mengambil gambar atau juga menggunakan monopod untuk mendapatkan rakaman yang menyeluruh. Malah, pernahkah anda mengalami situasi dimana subjek terkeluar daripada bingkai gambar kerana terlalu ramai? Atau juga situasi dimana anda perlu merakam gambar swafoto menggunakan kamera belakang kerana ia mempunyai fungsi rakaman sudut lebar?

Anda tidak perlu risau jika anda menggunakan vivo V19, kerana ia mampu untuk memuatkan seluruh subjek didalam satu gambar. Hal ini adalah disebabkan kamera swafoto vivo V19 ini dilengkapi dengan sensor 8MP untuk rakaman sudut lebar. Melalui sensor 8MP bersama bantuan fungsi Super Wide-Angle Selfie yang menawarkan sudut pandangan seluas 105 darjah, anda kini tidak perlu risau sekiranya ingin berswafoto dengan pemandangan belakang kerana ia mampu untuk memuatkan pemandangan sekeliling anda dengan lebih menyeluruh.

This slideshow requires JavaScript.

Kamera vivo V19 ini juga dilengkapi dengan fungsi rakaman video yang menarik. Antaranya adalah rakaman video potret yang menjanjikan hasil yang cukup baik. Melalui fungsi ini, ia membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman subjek yang lebih menonjol dengan memisahkan latar belakang daripada subjek utama dalam rakaman. Ini sekaligus memberi efek premium seperti menggunakan kamera professional. Fungsi ini juga boleh digunakan untuk membuat rakaman gambar potret yang biasa, dengan tambahan penuras (filter) dan mod kecantikan yang anda inginkan. Caranya mudah, anda perlu

  • Aktifkan fungsi Art Portrait pada kamera
  • Laraskan fokus pada subjek yang ingin diambil melalui mod Mono
  • Pilih mod Bokeh untuk menghasilkan efek kabur pada latar belakang gambar.

Bukan itu sahaja, selain fungsi kamera yang baik, vivo V19 ini juga dilengkapi dengan fungsi pembatalan hingar yang dibantu oleh teknologi AI. Dengannya, panggilan suara anda menjadi lebih jelas walaupun anda berada di persekitaran yang dikelilingi oleh orang ramai. Bagi mengaktifkan fungsi ini, anda hanya perlu menjawab panggilan suara seperti biasa. Dengan bantuan AI, mod pembatalan hingar akan diaktifkan secara automatik apabila ia membuat pengecaman bahawa anda berada di persekitaran yang bising.

4. Stabilkan Posisi Anda Untuk Mendapatkan Rakaman Yang Lebih Jelas

Jika dahulu rakaman gambar dan juga video akan terbuang begitu sahaja apabila hasilnya yang kabur dan tidak memuaskan hati anda. Ini menjadikan detik-detik penting akan terbazir begitu sahaja. Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana vivo V19 hadir dengan fungsi Ultra Stable Selfie yang membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman yang lebih stabil tanpa bantuan pihak ketiga seperti pengimbang monopod (monopod stabilizer). Fungsi ini dibantu oleh teknologi EIS yang akan mengurangkan kesan gegaran apabila rakaman diambil.

5. Dapatkan Telefon Pintar Yang Bagus Untuk Kegunaan Fotografi

Secara kesimpulannya, terdapat satu cara mudah untuk menghasilkan rakaman yang cantik, iaitu dengan memiliki sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada  fotografi. Tidak dinafikan lagi, bahawa telefon pintar terbaru daripada vivo, iaitu vivo V19 adalah jawapannya. Telefon pintar ini merupakan peranti yang memfokuskan kepada rakaman swafoto. Jadi, bagi anda yang gemar bergambar, telefon pintar ini antara pilihan yang bagus.

vivo V19 ini hadir dengan rekaan skrin bersaiz 6.44 inci bersama paparan FHD+ Super AMOLED Ultra O Screen. Skrinnya menerima pengiktirafan daripada TÜV Rheinland Eye Comfort yang dikatakan cahaya biru pada skrin telah dikurangkan sebanyak 42% untuk penjagaan mata pengguna. Ia juga dilengkapi dengan rekaan dwi kamera hadapan iaitu 32+8MP untuk rakaman swafoto dan empat kamera belakang gabungan sensor 48MP + 8MP + 2MP + 2MP.

Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 712 dan dipadankan dengan memori 8GB bersama 128GB storan dalaman. Manakala baterinya pula adalah berkapasiti 4500mAh dan menerima sokongan pengecasan pantas FlashCharge 2.0 33W. Jadi, bagi anda yang berminat untuk memiliki sebuah telefon pintar yang bagus digunakan untuk penggambaran, vivo V19 adalah antara pilihan yang bijak. Telefon pintar ini sudahpun dilancarkan di pasaran Malaysia. Ia dipasarkan pada harga RM1699, dan bagi anda yang berminat, boleh dapatkannya maklumat lanjut melalui laman rasmi vivo atau pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.

Penafian: Advertorial daripada vivo Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd