Cari @ Amanz

Siri Huawei Nova memfokuskan kepada keupayaan swafoto yang dibawakan olehnya. Di Malaysia ia adalah antara peranti Huawei yang paling= popular kerana dipasarkan secara meluas dan turut ditawarkan pada harga yang mampu milik. Bagi mereka yang menantikan Huawei Nova 7, peranti  ini akan dilancarkan pada 23 April di China selepas poster rasminya muncul di arena web.

Poster acah dilihat memperlihatkan Nova 7 bakal didatangkan dengan rekaan kamera utama yang disusun menegak pada sudut kiri. Ramai berspekulasi, peranti ini mungkin didatangkan dengan empat kamera utama selain turut menyertakan sokongan flash LED. Dapat dilihat jelas peranti ini mempunyai rekaan yang sama seperti Huawei P40 dan Honor 30 yang baru dilancarkan.

Terdapat khabar angin juga mengatakan, siri ini bakal menyertakan sokongan rangkaian 5G dan bakal muncul dalam tiga model termasuk tiga peranti 5G seperti Nova 7 SE, Nova 7 dan Nova 7 Pro.

Bagaimanapun, maklumat mengenai spesifikasi peranti masih belum diketahui. Jadi, apa agaknya penawaran Huawei untuk kali ini? Untuk makluman, Huawei sebelum ini telah Huawei Nova 7i dengan harga RM1,099. Siri ini memfokuskan kepada kehebatan rakaman video menggunakan kamera swafoto.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd