Google Dan Apple Ingin Menyeragamkan Penggunaan Format SMS OTP

Google Dan Apple Ingin Menyeragamkan Penggunaan Format SMS OTP

Diterbitkan pada Apr 16, 2020 oleh .

Google dan Apple walaupun adalah dua syarikat yang berbeza dan bersaing antara satu sama lain, tidak bermakna mereka adalah musuh selama-lamanya. Demi inovasi dan perubahan dalam arena teknologi, mereka akan bekerjasama untuk memastikan kemudahan kepada pengguna dan juga dunia. Sebelum ini mereka pernah bekerjasama untuk piawaian sambungan peranti berhubung dan teknologi mengesan kontak melalui Bluetooth.

Terkini, Google dan Apple turut dilihat ingin mempunyai pendapat yang sekata dalam format SMS OTP, atau kod dwi faktor pengesahan. Ini kerana, kedua-dua sistem operasi Android dan iOS boleh mengesan kod dwi-faktor yang diterima dari SMS dan membuat proses auto-isis dalam ruangan kosong untuk mengisi kod-kod ini. Tetapi, ia hanya akan berfungsi jika SMS tersebut menggunakan format SMS yang mudah dibaca oleh pengguna dan juga sistem. Apple dan Google baru-baru ini dilihat telah hadir dengan format SMS tersebut di Web Platform Incubator Community Group.

747723 is your ExampleCo authentication code.
@example.com #747723

SMS ini hanya akan ada dua baris sahaja. Baris pertama adalah kod dan penjelasan kod untuk apa. Kemudian barisan kedua adalah sumber kod tersebut dan kod itu sekali lagi. Format ini bukan sahaja mudah dibaca oleh sistem, ia juga mudah dibaca oleh para pengguna. Walaupun Android sudah lama ada kemampuan ini, tidak kira apa juga format SMS, dengan satu format SMS ini ia akan lebih memudahkan. Ini kerana beberapa syarikat seperti bank, syarikat telekomunikasi masih menggunakan format SMS yang panjang dan banyak abjad – jadi kadangkala sistem Android tidak dapat membaca kod.

Contoh lain adalah CIMB, yang kadang-kadang sertakan tarikh dan masa, yang mana akan mengelirukan sistem digit nombor mana yang patut dibaca. Harapnya dengan kerjasama Apple dan Google hadir dengan format SMS ini, semua syarikat yang menghantar SMS kod dwi-faktor pengesahan ini akan menggunakan format yang selari.



TIPS & ULASAN