Cari @ Amanz

DJI Mavic Air 2 Mungkin Dilancarkan Pada 27 April Kelak

Link Copied!

DJI sememangnya terkenal dengan penghasilan dron yang berkualiti tinggi dan cukup hebat. DJI kini dikatakan bakal muncul dengan penawaran dron baru menerusi pengenalan DJI Mavic Air 2. DJI Mavic Air 2 merupakan model kemas kini kepada DJI Mavic Air yang merupakan sebuah dron kompak yang dilancarkan dua tahun yang lalu.

DJI juga dikatakan telah berkongsi tarikh rasmi menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi dan ia dijadualkan berlangsung pada 27 April ini. Video tersebut memperlihatkan DJI Mavic Air 2 mungkin hadir dengan rekaan berbentuk bulat, namun maklumat lain mengenai masih menjadi teka-teki. Menurut khabar angin tersebar, DJI Mavic Air 2 mungkin didatangkan dengan bateri 3,500mAh yang mana jauh lebih baik berbanding pendahulunya.


Komen ()