Siri CPU AMD Ryzen 4000 Dikatakan Akan Menyokong Papan Induk AMD B450
AMD

Siri CPU AMD Ryzen 4000 Dikatakan Akan Menyokong Papan Induk AMD B450

Diterbitkan pada Apr 16, 2020 oleh .

Apabila mengemaskini komponen sistem komputer desktop, salah satu aspek yang diberikan penekanan ialah sokongan kebelakang, khususnya untuk papan induk sekiranya cip pemprosesan perlu ditukar.

AMD telah mengatakan sebelum ini bahawa cip-cip yang dikeluarkan sehingga 2020 akan menyokong papan-papan induk siri lama, dan syarikat pembangun sistem komputer XMG telah meniriskan bahawa CPU AMD Zen 3, ataupun AMD Ryzen 4000 yang diberikan kod nama Vermeer akan sekurang-kurangnya menyokong papan induk siri pertengahan AMD B450 yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Tirisan tersebut hadir melalui laman web Reddit, dimana papan induk AMD B450 tersebut hanya memerlukan kemaskini kod mikro sama seperti yang diperlukan oleh papan-papan induk sebelum ini untuk CPU AMD Ryzen 3000.

Buat masa ini, tiada butiran yang tertiris mengenai sokongan untuk papan induk siri premium X470, tetapi jika papan induk siri B450 akan menerima sokongan untuk CPU terbaru ini, besar kemungkinan papan induk siri premium tersebut akan menerimanya juga.

CPU AMD Zen 3 dikatakan akan dilancarkan sekitar penghujung tahun ini.



Paling Popular