Carian
Realme 6i Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM699 Untuk 3GB RAM, RM899 Untuk 4GB RAM
April 16, 2020 Aman

Realme Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan dibawah siri Realme 6, iaitu Realme 6i. Telefon pintar ini akan ditawarkan bermula RM699.

Realme 6i hadir dengan skrin 6.5-inci IPS LCD HD+, dijana cip MediaTek Helio G80, hadir dengan bateri sebesar 5000mAh. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, selain kamera swafoto hadapan 16-megapixel.

Di Malaysia, Realme 6i versi 3GB RAM dan 64GB storan akan ditawarkan pada harga RM699 bermula 23 April kelak melalui Shopee. Sementara model variasi 4GB RAM dan storan 128GB akan ditawarkan pada harga RM899 bermula 25 April melalui pengedar rasmi Realme seluruh negara.

Realme 6i

Disamping itu, pihak Realme turut akan mengadakan sebuah jualan khas pada 23 April melalui Shopee pada harga RM599 untuk model 3GB RAM.

Realme 6i

Komen