Lenovo Memperkenalkan Komputer Riba Gaming Legion 5 Dan Legion 7 Yang Dikuasakan AMD Dan NVIDIA

Lenovo Memperkenalkan Komputer Riba Gaming Legion 5 Dan Legion 7 Yang Dikuasakan AMD Dan NVIDIA

Diterbitkan pada Apr 17, 2020 oleh .

Pada awal bulan ini, Lenovo telah memperkenalkan siri komputer riba gaming Legion 5i dan Legion 7i yang dikuasakan oleh CPU dan cip pemprosesan grafik terbaru daripada Intel dan NVIDIA untuk mereka yang inginkan pengalaman gaming yang premium.

Hari ini, syarikat pembina komputer daripada China tersebut telah memperkenalkan dua lagi komputer riba gaming yang dinamakan Legion 5 dan Legion 7. Menurut Lenovo, kedua-dua komputer riba ini akan dikuasakan oleh gabungan CPU daripada AMD dan juga cip pemprosesan grafik NVIDIA.

Sama seperti Legion 5i dan 7i, kedua-dua komputer riba ini hadir dengan paparan skrin 15.6 inci dengan resolusi Full HD. Ia dikuasakan oleh pilihan CPU AMD Ryzen 4000H, storan SSD sebesar 1TB dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060.

Menariknya, bergantung kepada model yang dipilih, anda juga boleh mendapatkan paparan dengan kadar segar semula yang lebih pantas dan juga sokongan untuk sistem pencahayaan RGB untuk semua kekunci terbina.

Siri komputer riba gaming terbaru Lenovo ini dilaporkan akan tiba di beberapa pasaran terpilih bermula bulan Mei kelak pada harga bermula $850 (~RM3600)..



TIPS & ULASAN