Mark Zuckerberg hari ini melalui laman Facebook mengumumkan yang mana mereka akan membatalkan sebarang acara fizikal dengan kumpulan orang melebihi 50 orang sehingga Jun 2021 kelak.
Beliau turut mengatakan yang mereka akan menawarkan sejumlah acara berkaitan secara maya, sekaligus meneruskan operasi seperti biasa.
Untuk tujuan pekerja pula, Zuckerberg mengatakan sejumlah besar pekerja akan diminta bekerja dari rumah sehingga penghujung Mei kelak, dan mereka akan turut membatalkan semua perjalanan untuk perniagaan sekurang-kurangnya sehingga Jun tahun ini.
Zuckerberg mengatakan pekerja Facebook masih kekal produktif walaupun bekerja dari rumah, sekaligus meneruskan operasi seperti untuk syarikat teknologi gergasi berkenaan.