Sistem Pengurusan Pengecasan Baharu macOS Akan Memanjangkan Hayat Bateri MacBook

Sistem Pengurusan Pengecasan Baharu macOS Akan Memanjangkan Hayat Bateri MacBook

Diterbitkan pada Apr 17, 2020 oleh .

Tidak seperti pengguna iPhone, pengguna MacBook tidak membeli model dengan kerap. Malahan dari pengalaman peribadi pemilik MacBook ada yang menggunakan komputer riba mereka sehingga sedekad kerana ia mampu beroperasi dengan baik selama itu. Masalah yang kerap didengari hanyalah bateri yang perlu ditukar. Menerusi kemas kini macOS Catalina 10.15.5 kelak, masalah ini mungkin dapat dikurangkan kekerapannya.

Sistem pengurasan bateri baharu akan diperkenalkan dan ia mirip yang digunakan pada iOS 13 sekarang. Battery health management akan hanya mengecas bateri ke tahap 100% secara perlahan-lahan. Sekiranya anda jenis yang memasang pengecas pada MacBook sepanjang masa, bateri tidak akan dicas ke 100% selagi skrin masih aktif.

Secara teorinya pengecasan ke 100% dengan kerap akan memendekkan hayat bateri dan ini menyebabkan ia perlu ditukar selepas sekitar 1000 kali kitaran pengecasan. Ciri ini akan diakftifkan secara lalai pada kesemua MacBook yang dilengkapi Thunderbolt 3 kelak (Macbook 2016 dan ke atas) tetapi boleh dinyahaktifkan secara manual oleh pengguna.



TIPS & ULASAN