Dalam suasana PKP ini pastinya ramai mengisi masa terluang dengan menonton filem dari pelbagai platform penstriman video. Selepas empat minggu mungkin anda sudah tidak tahu apakah yang perlu ditonton dan bergantung kepada saranan yang diberikan sendiri oleh aplikasi. Kami menyedari hari ini Netflix mula menguji antaramuka baharu untuk menyarankan kandungan yang mungkin boleh anda tonton,
Selepas habis menonton sesebuah filem, Netflix akan memaparkan tiga rancangan yang bolen ditonton di bawah teks Check out these suggestions. Ketiga-tiga video prebiu pendek kemudian akan dimainkan secara bergilir-gilir. Saranan yang diberikan adalah bergantung kepada kandungan yang pernah ditonton anda sebelum ini.
Setakat ini antaramuka baharu hanya kami lihat apabila menonton Netflix menggunakan PlayStation 4 tetapi tidak pada laman web dan lontaran menggunakan Chromecast. Maka ia mungkin ujian yang kerap dilakukan oleh Netflix sebelum diberikan kepada semua. Adakah anda turut menerima antaramuka baharu ini?