Cari @ Amanz

Rekaan DJI Mavic Air 2 Akhirnya Tertiris

Link Copied!

Di dalam kehidupan ada tiga benda yang pasti iaitu kematian, cukai dan rekaan peranti tertiris sebelum tarikh pelancaran rasmi. Semalam kami laporkan DJI Mavic Air 2 mungkin akan dilancarkan pada 27 April hadapan. Hari ini rekaannya pula tertiris ke arena web menerusi laman DroneDj

Selepas lebih dua tahun tidak dikemaskini, Mavic Air 2 diberikan beberapa perubahan kecil pada rekaan tiang sambungan kipas ke tubuh yang boleh dilipat. Ia kelihatan lebih besar berbanding Mavic Air generasi pertama. Terdapat maklumat ia turut kelak mampu melakukan rakaman vide0 4K dan rakaman gambar pada resolusi 48-Megapixel. Selain itu tempoh penerbangan yang boleh dilakukan melonjak je 34 minit berbanding hanya 31 minit. Akhir sekali dron mampu terbang pada kelajuan maksimum hampir 70 kmj,

Selain rekaan manual operasinya juga telah tertiris. Dari apa yang dapat dilihat rekaan alat kawalan menerima perubahan terbesar. Cagak pemegang telefon pintar kini pada bahagian atas dan bukan lagi di bawah. Untuk maklumat lebih lanjut kita perlu menantikan pelancaran Mavic Air 2 dalam masa kurang 10 hari lagi,


Komen ()