Carian
Vivo Menawarkan Jaminan Tambahan Selama 6 Bulan Untuk Pembelian Peranti
April 17, 2020 Amy Maizuraa

Bagi anda yang memasang impian memiliki peranti keluaran Vivo pada harga berbaloi dan terendah, Vivo Malaysia kini melanjutkan lagi tempoh promosi di platform kedai atas-talian rasmi mereka dengan sejumlah penawaran lebih baik.

Antaranya, perkhidmatan penghantaran secara percuma dan anda juga layak mendapat lanjutan jaminan selama 6 bulan untuk setiap pembelian yang dibuat.

Selain itu, setiap pembelian akan didatangkan dengan sejumlah hadiah menarik seperti botol air (untuk pembelian model Vivo Y11 & Y15 (2020) , pembesar suara blutooth untuk pembelian model Vivo Y19), pemerah jus (untuk pembelian model Vivo S1 Pro & V17) dan pek hadiah misteri menarik (untuk pembelian model Vivo NEX3).

Untuk makluman, promosi ini turut berlangsung di platform beli-belah atas talian lain seperti Lazada dan Shopee.

Komen