Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstiman muzik kini menjadi penjana utama industri muzik yang suatu ketika dahulu hampir musnah kerana masalah cetak rompak. Menstrim muzik kegemaran adalah jauh lebih mudah berbanding membaca muzik fizikal. Untuk tidak ketinggalan, Apple Music telah dilancarkan lima tahun lalu. Tetapi satu kekurangan perkhidmatan dari Apple ini ialah ia tidak boleh diakses menggunakan laman web,

September lalu Apple Music versi web ditawarkan dalam versi Beta. Hari ini ia akhirnya keluar dari ujian Beta dan boleh digunakan secara rasmi. Seperti menggunakan aplikasi desktop, versi web menawarkan fungsi serta antaramuka yang sama. Jika ada satu perkara yang menjengkelkan ialah ia memaparkan pautan untuk membuka aplikasi desktop pada bahagian bawah skrin sepanjang masa sekiranya anda menggunakan macOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd