Cari @ Amanz

1337 Ventures, pengasas program pemecut yang pertama dan terawal di Malaysia kini telah membuka pendaftaran untuk program Pemecut Digital Alpha Startups di mana program ini bekerjasama dengan syarikat-syarikat korporat seperti KWSP, Bank Islam dan Pristine Pharma untuk belajar selok-belok kemahiran berfikir secara startup disamping menjana idea yang memfokuskan  inovasi untuk syarikat tersebut. 

Program pemecut kali ini merupakan edisi Bahasa Malaysia Alpha Startups yang pertama kali diadakan dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sempena bulan Ramadhan. Selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan, program ini akan diadakan secara dalam talian sepenuhnya. Ia dikelolai bersama dengan AMANZ, serta disokong oleh AWS, AirTable, Found8 dan iTrain. 

Kini, tiga syarikat besar turut menyokong program ini sebagai rakan strategik iaitu KWSP, Bank Islam & Pristine Pharma akan turut bersama bagi meneroka idea inovasi disamping memecutkan pertumbuhan startup yang menyertai program ini. Wakil daripada rakan strategik ini akan bersama dengan startups dalam sesi mentoring sekiranya produk peserta didapati sesuai ataupun memenuhi keperluan mereka dan startups berpeluang untuk membuat “Proof of Concept” di syarikat mereka.

Selain itu, program ini turut hadir dalam membantu meningkatkan produktiviti rakyat Malaysia sewaktu berada di rumah sepanjang tempoh kawalan pergerakan (PKP) dan bulan Ramadan yang sedang berlangsung.

Menarik mengenai program ini juga, ia merangkumi penghasilan dan pengesahan idea, pemasaran dan pembangunan prototaip yang akan dilatih sepanjang tempoh program. Di akhir program, peserta dengan prototaip dan pembentangan terbaik akan menerima sokongan infrastruktur daripada AWS berjumlah sekitar RM10,000 (~US$3,000).

Tarikh tutup penyertaan untuk program ini adalah pada 30 April dan ntuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh emel kepada 1337 Ventures dan daftar pada pautan dibawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd