Siri Oppo Find X2 & Reno3 Memasuki Senarai Android Enterprise Recommended

Siri Oppo Find X2 & Reno3 Memasuki Senarai Android Enterprise Recommended

Diterbitkan pada Apr 17, 2020 oleh .

Android Enterprise Recommended adalah program dari Google yang mencadangkan peranti-peranti Android yang sesuai digunakan untuk perusahaan. Ini bermakna, peranti-peranti ini adalah pilihan terbaik untuk kerja-kerja pejabat, perniagaan, dan amat sesuai untuk kegunaan produktiviti. Jika peranti Android tersenarai, ia akan menjadi peranti yang layak digunakan oleh sesebuah korporat dan setiap peranti yang sama boleh dihubungkan antara satu sama lain. 

Terkini, Oppo Find X2, Oppo Find X2 Pro dan Oppo Reno3 telah tersenarai dalam program ini. Menjadikan tiga peranti ini adalah peranti yang Google katakan sesuai untuk kegunaan perusahaan atau mana-mana korporat. Siri Oppo Find X2 adalah peranti mercu yang dijana Snapdragon 865, mempunyai skrin kadar segar semula tinggi dan sokongan pengecasan pantas 65W. Manakala, Oppo Reno3 adalah peranti kelas pertengahan premium yang dijana dengan cip MediaTek Helio P95, pengecasan pantas 30W dan juga skrin kadar segar semula tinggi.



TIPS & ULASAN