Cari @ Amanz

WhatsApp sedia menawarkan sokongan panggilan berkumpulan melaluinya. Namun, ia hanya terhad kepada sehingga 4 pemanggil untuk sesuatu masa.

WhatsApp Video Call

Menurut laporan awal, hal berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi. Kini, dengan Perintah Kawalan Pergerakan, lebih ramai menggunakan medium komunikasi untuk membuat panggilan dan kekal berhubung dengan rakan-rakan serta ahli keluarga. Selari dengannya, WhatsApp dijangka akan mengumumkan penambahan bilangan peserta dalam panggilan berkumpulan.

Buat masa ini, angka akhir yang akan disokong oleh pihak WhatsApp masih tidak diketahui lagi, dan dijangak akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan aplikasi media sosial dalam membuat panggilan suara atau video? Jika ya, apakah aplikasi kegemaran anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd