Facebook sebelum ini telah memudahkan pengguna memberikan reaksi pantas melalui penggunaan emoji khusus yang hadir apabila anda klik butang Like. Terbaru, hari ini Facebook mengumumkan penambahan emoji yang ketujuh dalam pilihan reaksi, sekaligus memudahkan pengguna menyampaikan empati kepada yang lain ketika musim penularan wabak Covid-19 kini.
Facebook menambah dua emoji berbeza pada web utama Facebook dan juga pada Messenger. Pada perkhidmatan Facebook utama ia menyertakan sebuah emoji wajah yang memeluk hati, sementara pada Messenger pula, mereka menambah emoji jantung berdenyut.
Facebook dijangka memperkenalkan pengenalan emoji reaksi baru ini bermula minggu hadapan pada aplikasi Facebook, dan pada aplikasi Messenger bermula hari ini. Seperti biasa, pengenalan ini dijangka akan dilakukan secara berperingkat untuk semua pengguna.