Kerja Pemasangan Talian Internet Di Rumah Semasa Tempoh PKP Kini Dibenarkan

Kerja Pemasangan Talian Internet Di Rumah Semasa Tempoh PKP Kini Dibenarkan

Diterbitkan pada Apr 18, 2020 oleh .

Internet ialah antara sebab mengapa ramai masih lagi siuman di rumah sepanjang tempoh PKP. Ia juga perlu bagi memudahkan proses bekerja dari rumah dengan lancar. Namun begitu ramai merungut tiada Internet jalur lebar di rumah memandangkan perkhidmatan pemasangannya tidak dibenarkan ketika perintah PKP diperkenalkan.

InternetHari ini menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerja pemasangan Internet di tempat tinggal kini dibenarkan sepanjang tempoh PKP. Keputusan membenarkan diambil memandangkan Internet kini adalah keperluan asas.

Jadi kepada mereka yang menantikan kerja pemasangan talian Internet yang telah tertangguh sejak sebulan yang lalu, anda kini boleh menghubungi ISP anda untuk melakukan sambungan pada kadar segera,



TIPS & ULASAN