Cari @ Amanz

Google Play Opinion Rewards Kini Di Malaysia – Menjana Kredit Google Play Dengan Menjawab Bancian

Oleh Aman

Link Copied!

Google kini telah mula menawarkan aplikasi Google Play Opinion Rewards untuk pengguna di Malaysia. Aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna Android, dan dipautkan dengan kredit Google Play anda.

Google Play Opinion Rewards

Melalui Google Play Opinion Rewards, pengguna akan menerima kredit Google Play apabila selesai menjawab sesuatu soalan bancian.

Google melalui penyenaraian mereka mengatakan akan menghantar soalan bancian hampir sekali seminggu, dan akan menjana sehingga $1 untuk (~RM4.37) untuk setiap bancian.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Google Play Opinion Rewards melalui Google Play Store hari ini.

Google Play Opinion Rewards


Komen ()