BlackShark 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Bulan April Ini

BlackShark 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Bulan April Ini

Diterbitkan pada Apr 18, 2020 oleh .

Black Shark telah pun melancarkan telefon pintar mercu memfokuskan permua mereka yang terbaru, iaitu Black Shark 3. Dua variasi diperkenalkan dibawah siri berkenaan, iaitu Black Shark 3 dan juga Black Shark 3 Pro. Kedua-dua versi peranti ini dijangka diperkenalkan di Malaysia pada 30 April 2020 ini.

Black Shark 3

Black Shark 3 hadir dengan skrin 6.67-inci OLED dengan kadar segar semula 90hz (touch sampling mencapai 270Hz), dijana cip Snapdragon 865, serta penyejukkan berasaskan cecair. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri 4720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W menggunakan port berasaskan magnetik pada bahagian belakang peranti.

Black Shark 3 Pro pula hadir dengan skrin 7.1-inci QHD+ OLED dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB. Kedua-dua model menggunakan memori LPDDR5 dan juga storan UFS 3.0. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

Menariknya juga, versi Pro hadir dengan sebuah butang taktil fizikal yang memberikan lebih kawalan dan pengalaman permainan yang baik ketika menggunakannya.

Kita akan melihat pengumuman harga dan pengenalan peranti ini secara rasminya pada 30 April 2020 kelak, sekaligus melihat apakah kejutan yang disediakan oleh Black Shark untuk pasaran tempatan.



TIPS & ULASAN