Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Band 5 Disahkan Bakal Dilancarkan Pada Tahun Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Huami merupakan salah satu subsidiari dibawah ekosistem Xiaomi, dimana mereka memfokuskan kepada pengeluaran jam tangan pintar dan juga gelang tangan pintar. Salah satu produk popular mereka adalah keluarga gelang tangan Xiaomi Mi Band.

Terbaru, Huami memberikan maklumbalas berkaitan sejumlah desas-desus melalui media sosial mereka – terutamanya menidakkan yang mana Xiaomi akan memutuskan hubungan dengan Huami.

Melaluinya juga, mereka mengesahkan yang mana Mi Band 5 bakal dilancarkan pada tahun 2020 ini.

Pihak Huami tidak memberikan sebarang tarikh pelancaran untuk gelang tangan pintar terbaru berkenaan. Sekiranya mengikut pelancaran sebelum ini, Mi Band 5 dijangka mengekalkan skrin bersaiz sekitar 1.2-inci berwarna, boleh dihubungkan ke Android dan iOS, menawarkan sokongan NFC, selain sejumlah ciri-ciri kecergasan bersama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan dalam bulan-bulan akan datang untuk melihat apakah kejutan yang disediakan melalui Mi Band 5 kelak.


Komen ()