Waktu Operasi Mesin ATM Kini Dihadkan Sehingga 8 Malam Sahaja

Waktu Operasi Mesin ATM Kini Dihadkan Sehingga 8 Malam Sahaja

Diterbitkan pada Apr 19, 2020 oleh .

Waktu operasi mesin ATM di seluruh negara kini disingkatkan lagi dari ham 8 pagi sehingga 8 malam. Pengumuman waktu operasi baharu ini diumumkan oleh menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri hari ini. Langkah pengurangan waktu operasi ini diambil kerana semakin ramai yang menggunakan alasan untuk mengeluarkan wang pada waktu malam untuk mengingkari larangan sepanjang tempoh PKP.

Sebelum ini waktu operasi ATM telahpun dihadkan dari jam dari 7 pagi sehingga 10 malam. Selepas lebih empat minggu berkuatkuasa, rakyat Malaysia kini semakin santai dalam memastikan pembatasan sosial sentiasa dipatuhi dengan minggu lalu lebih 1000 kompaun baharu dikeluarkan kerana kesalahan keluar dari rumah semasa PKP. Duduk di rumah dan janganlah kesana kesini memandangkan wabak Covid-19 masih lagi berbahaya.



TIPS & ULASAN