Carian
ASUS Memperlihatkan Komputer Riba ZenBook 14 Yang Dikuasakan APU AMD Dan GPU NVIDIA GeForce MX350
April 20, 2020 Nazrin

Komputer riba produktiviti ASUS ZenBook diminati ramai kerana rekaannya yang padat dan serba minimalis, dan dikuasakan oleh komponen-komponen yang membuatkannya mesin kerja yang tiada sebarang isu dari segi prestasi.

Terkini, ASUS nampaknya bakal mengumumkan sebuah model ASUS ZenBook yang dikuasakan oleh APU AMD Ryzen 4000 untuk komputer riba.

Walaupun nama komputer riba ini ialah ASUS ZenBook 14, saiz paparannya masih belum dikenalpasti, tetapi terdapat kebarangkalian ia akan hadir dengan paparan bersaiz 14 inci didalam rangka komputer riba 13 inci dengan resolusi Full HD.

Dari segi spesifikasi dalaman, ZenBook 14 ini akan dilengkapi dengan APU AMD Ryzen 4700U, memori LPDDR4x sebanyak 16GB dan storan SSD PCIe NVMe sebesar 1TB.

Ura-ura juga mengatakan bahawa ia akan menggunakan cip pemprosesan grafik NVIDIA GeForce MX350 terbaru yang dikatakan mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding dengan iGPU yang terbina didalamnya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah AMD akan memperkenalkan ASUS ZenBook 14 dengan APU AMD Ryzen 4000 ini, tetapi terdapat kebarangkalian mereka akan mengesahkannya tidak lama lagi.

Komen