Spesifikasi Realme X3 Muncul Di TENAA Dengan Sokongan Rangkaian 5G

Spesifikasi Realme X3 Muncul Di TENAA Dengan Sokongan Rangkaian 5G

Diterbitkan pada Apr 20, 2020 oleh .

Peranti misteri Realme dengan kod nombor RMX2142 yang dikhabarkan sebagai Realme X3 telah melepasi laman pensijilan 3C pada minggu lalu. Penyenaraian menunjukkan peranti ini bakal mempunyai sokongan rangkaian 5G dan kemampuan pengecasan pantas 30W (5VDC, 6A Max). Kini, peranti yang sama dikatakan telah memasuki pangkalan data TENAA di China dan memberi gambaran keseluruhan perincian baru mengenai spesifikasi.

Menurut TEENA, peranti ini dilengkapi dengan paparan sebesar 6.57-inci dengan dimensi berukuran 163.8 x 75.8 x 8.9mm. Bagaimanapun, maklumat mengenai resolusi paparan tidak pula dinyatakan. Seterusnya, penyenaraian turut mendedahkan bahawa peranti ini mungkin menyokong bateri berkapasiti 4,100mAh menerusi port USB-C. Perincian spesifikasi lain masih belum tersedia.

Walau bagaimanapun, maklumat ini hanya sekadar tertiris dan masih lagi di peringkat ura-ura. Terdahulu, Realme juga dikatakan dalam persediaan mengembangkan lagi penawaran di bawah siri Realme X menerusi kemunculan Realme X3 SuperZoom. Ia juga telah muncul di laman pensijilan NBTC Thailand dan Geekbench dengan kod model RMX2086.



Paling Popular