Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan OPPO A92s, kini syarikat berkenaan didakwa bakal meluaskan lagi empayar jenamanya dengan pengenalan model baru iaitu Oppo A52. Butiran spesifikasi mengenainya juga dikatakan telah tertiris ke arena web melalui sebuah perkongsian di laman Weibo dan dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Peranti ini dikatakan mempunyai paparan berukuran 6.5-inci LCD dengan rekaan skrin berlubang yang ditempatkan pada sudut kiri atas. Kemudian, panel belakang memperlihatkan penggunaan bonjol kamera berbentuk empat segi yang menempatkan empat kamera dan satu flash.

Oppo A52 dijangka dijana cip pemproses Snapdragon 665, GPU Adreno 610, konfigurasi 8GB RAM, storan 128GB, kamera utama 12-megapixel + 8-megapixel + 2-megapixel + 2-megapixel, selain kamera swafoto 8-megapixel dan bateri 4,880mAh dengan pengecasan pantas 18W. Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada peranti ini akan muncul dengan pilihan RAM dan storan berbeza atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd