Cari @ Amanz

Huawei MatePad Baharu Bakal Diperkenal Secara Rasmi Pada 23 April

Link Copied!

Selain muncul dengan penawaran telefon pintar yang hebat, Huawei juga tidak pernah ketinggalan dalam segmen tablet. Ura-ura mengenai kemunculan sebuah MatePad kelas pertengahan baharu keluaran Huawei telah bertiup sejak beberapa minggu yang lalu. Bahkan, spesifikasi mengenainya juga telah tertiris di arena web.

Selari dengannya, Huawei telahpun berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk peranti berkenaan yang dijadualkan pada 23 April ini. Hal ini bermakna, peranti ini dijangka muncul seiring dengan siri Nova 7 yang juga dilancarkan pada tarikh berkenaan.

Huawei Matepad baharu ini dipercayai menggunakan skrin sebesar 10.4 inci (2000×1200 pixel), cip pemproses Kirin 810, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia juga dikhabarkan menawarkan beberapa pilihan sambungan seperti Wi-Fi sahaja dan versi LTE bersama kapasiti bateri 7250mAh.

 

Peranti ini juga dijangka mempunyai kamera hadapan dan belakang sebesar 8-megapixel serta menyokong penggunaan stylus. Seterusnya, ia juga mungkin menjalankan antaramuka EMUI 10.1 berasaskan Android 10.


Komen ()