Pada awal bulan ini Vivo V19 telah dilancarkan secara rasmi. Bagi pengguna di Malaysia, peranti dengan dwi-kamera swafoto ini akan dilancarkan pada 23 April kelak pada jam 6 petang di dalam acara atas talian. Ketika majlis tersebut dua peranti boleh dimenangi oleh penonton bertuah.
Vivo V19 adalah sebuah peranti kelas pertengahan permulaan yang dilengkapi skrin 6.44″ SAMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 712, memori sebesar 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.
Kuad-kamera utama menggunakan sensor 48-MP sudut lebar, 8MP ultra sudut lebar, 2MP kedalaman dan 2MP makro. Pada bahagian hadapan pula sensor 32+8 MP dipadankan di dalam sebuah lubang kamera berbentuk bujur. Sensor kedua dilengkapi lensa ultra sudut lebar untuk swafoto yang lebih mudah secara berkumpulan.
Bateri adalah sebesar 4500 mAh dengan sokongan pengecasan 33W VOOC menerusi port USB-C. Masih terdapat sebuah bicu audio 3,5mm pada bahagian bawah dan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Peranti ini tidak menyokong rangkaian 5G pada waktu ini. Harga jualan walau bagaimanapun masih belum diumumkan.