Cari @ Amanz

iPad Air Dengan Bezel Nipis Dan Touch ID Dalam Skrin Diramalkan Muncul Tahun Ini

Link Copied!

iPad Air ialah tablet yang dipasarkan kepada mereka yang ingin iPad berkuasa tetapi pada harga yang lebih mampu milik berbanding iPad Pro. Ia masih lagi mengekalkan rekaan iPad asal iaitu bezel yang besar serta butang home fizikal lengkap dengan Touch ID. Tetapi hari ini kedengaran ura-ura iPad Air tahun ini akan menerima perubahan rekaan yang drastik bagi memberikannya rekaan lebih seakan iPad Pro.

Apple iPad AirMenurut ciapan akaun @L0vetodream bulan, iPad Air 2020 akan akhirnya mempunyai saiz bezel yang nipis. Dengan ini butang home fizikal tidak lagi boleh disertakan. Oleh itu ia akan menjadi iPad pertama dengan pengimbas cap jari Touch ID bawah skrin yang menggunakan teknologi Mini LED.

Mengapa ciapan yang berusia lebih sebulan ini baru mendapat perhatian? Kerana ramalan akaun ini mengenai iPhone SE 2 dan kewujudan Magic Keyboard untuk iPad Pro baharu adalah terbukti tepat. Maka terdapat kemungkinan ramalan @L0vetodream mengenai iPad Air 2020 turut menjadi realiti.

Apple ada mempatenkan sistem pengimbas cap jari bawah skrin dan menandatangani perjanjian dengan Qualcomm untuk menggunakan teknologi yang sama.Penggunaan Touch ID akan dapat mengurangkan harga jualan iPad Air dan membuatkannya bersaing secara terus dengan iPad Pro.


Komen ()