Cari @ Amanz

Bagi anda yang sering makan diluar, atau mencari tempat makan baru, kini sebuah aplikasi baru telah diterbitkan oleh Good Foodie Media, dinamakan sebagai Foodie+.

Foodie Plus

Foodie+ ditawarkan untuk pengguna sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Melaluinya, anda boleh menyemak kedai makan berhampiran, dan menariknya pada masa yang sama melihat pelbagai promosi dan diskaun yang ditawarkan.

Disamping itu, ia juga menyertakan sejumlah artikel untuk anda baca berkaitan tempat makan, dan menu yang menarik untuk dicuba.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi ini. Bagi yang beragama Islam, boleh menyemak kepada menu tag halal yang dilabelkan pada setiap restoran sebelum membuat pembelian melaluinya.

Foodie+ Android Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd